THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, February 27, 2010

♥♥SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL♥♥


Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Mohammad iaitu pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yg diutuskan oleh Allah. Tapak kelahiran baginda mempunyai satu bangunan kecil yg dikenali Maulid Nabi.

Setiap tahun, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan atau keistemewaan diberikan oleh Allah kepada meraka yg menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan org yg memuliakan majlis hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudahpun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.

Keberkatan mengadakan majlis Maulud Nabi itu bukan sahaja didapati oleh orang yg mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yg tinggal ditempat itu turut mendapat keberkatannya.

♥♥SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL♥♥

0 comments: